Tarikh ini membuatkan aku tersenyum ...
Tarikh ini jua membuatkan ku memahami apa itu kasih sayang sebenar ...
Meluangkan masa bersama guru tersayang membuatkan diriku tenang berada dia sampingnya ...
Keluhan dan tangisan yang selama ini ku pendam akhirnya sedikit demi sedikit terhapus di kalbu ku ..
Gelak ketawa kami bersama ...
Kami mempunyai banyak persamaan dalam diri ..
Lama kelamaan rasa sayang di antara aku dan dia makin bertambah ..
Tidak pernah ku temui guru sepertinya yang banyak persamaan sepertiku ..
Jiwa ini seperti ingin terasa menangis kegembiraan kerana selama ini guru yang ku cari2 yang mempunyai persamaan sepertiku telah ku temui ..
Aku amat bersyukur kepadaNya kerana mempertemukan aku dengan se0rang wanita yang benar-benar bernama guru ..
Aku meluangkan masa bersamanya sehingga petang ..
Meniup dan memotong kek birthday bersama ..
Berkejar-kejaran sesama sendiri semata - mata ingin menyapu krim di muka ..
Betapa indahnya jikalau peristiwa itu dapat ku ulangi lagi ..
* Aku berharap sayang dan kasih kami akan sentiasa terbuku di hati ini hingga ke hujung nafas kami *
No comments:
Post a Comment